Sunday, October 28, 2012

A long time ago. . .

Assalammualaikum. =)

Its bee a long time since the last post. Sekadar nak berkongsi sebenarnya tentang isu yang aku baca rini. Isu yang dipost oleh seorang sahabat dekat ForUMT. hehe. Dan aku terasa nak menulis.

Isu yang diketengahkan adalah isu perigi mencari timba. Isu yang sebenarnya hari-hari ada je orang bangkitkan. Mari kita baca apa yang sahabat kita post.


"Dari kisah lamaran Siti Khadijah ke atas Rasulullah saw, tidak salah dalam Islam sekiranya kaum hawa yang melamar kaum Adam. Seringkali kita terdengar mana mungkin perigi mencari timba, namun itu hanyalah kiasan semata-mata. Mana mungkin kita nak samakan manusia dengan perigi dan timba kerana manusia ini mempunyai hati dan perasaan. Dan tidak salah sekiranya perasaan itu diluahkan dengan cara yang baik dan beradab mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Tidak seharusnya kaum wanita merasakan perbuatan seperti ini melanggari fitrah dan menjatuhkan harga diri mereka. Kenapa seharusnya merasa malu seandainya tujuan perbuatan ini adalah baik. Mungkin dikhuatiri lamaran mereka akan ditolak. Namun keadaan begitu juga sama dengan kaum Adam. Lamaran dari kaum Adam juga ada kemungkinan ditolak.
Justeru, yang pentingnya, yakinlah dengan pilihan kita dan berdoalah kepada Allah agar itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita dan janganlah berasa segan dan malu unttuk memulakan lamaran. Seandainya lamaran itu tidak diterima, yakin dan percayalah bahawa Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita terimalah apa jua dengan redha. Seandainya lamaran kita diterima, anggap itu sebagai satu nikmat, namun seandainya ditolak, anggaplah itu sebagai ujian."

Betul, pada aku, takde istilah perigi mencari timba. tapi, kita terikat dengan adat istiadat dari nenek moyang kita. Kalau ada perempuan yang mengorat, mencari lelaki, cakap ; tak manis lah, tak malu lah. itu lah, ini lah. 

Persepsi kita yang mengubah perbuatan baik seorang perempuan. aku rasa di zaman serba moden canggih manggih nih, kita kena bukak jugak minda kita, kita kena selami, dalami, ilmu yang sememangnya di hujung jari kita. Kita kena buka minda, jangan terlalu terikut dengan adat nenek moyang kita. Perkara yang baik, buat ape nak bertangguh, dan perkara yang tidak baik buat apa nak di letak bawah periuk ?

Jadi, jika berkenan dengan seorang lelaki atau perempuan yang layak dibuat isteri atau suami, yang soleh dan solehah, pergilah approach. =)

Bak kata kawan aku, Taufiq, "Tepuk dada tanya iman". Kita yang menilai diri kita sendiri.